Ratusan Filem Terbitan Paramount Ditonton Percuma

Produksi filem terkemuka Hollywood, Paramount menyediakan ratusan filem mereka yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube secara percuma!

Tiga minggu lalu, produksi tersebut mengumumkan saluran hiburan baru mereka di YouTube iaitu Paramount Vault yang kini mempunyai 244 video pelbagai genre seperti drama, seram, klasik, aksi, komedi dan sains fiksyen.

Menariknya, peminat dan pengunjung media sosial ini tidak dikenakan bayaran untuk menonton filem berkenaan antaranya Hamlet lakonan utama, Mel Gibson, Born To Raise Hell (Steven Seagal), Margot At The Wedding (Nicole Kidman) dan Masters of the Universe (Dolph Lundgren).

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*