Mereka Menangis & Bersyukur – Richard Gere

Bagaimana agaknya reaksi peminat jika terserempak dengan artis popular yang menyamar sebagai insan gelandangan?

Mungkin peminat juga tidak mempedulikannya melainkan mereka mengenali individu itu adalah artis kegemaran mereka.

Situasi itu berjaya dilakukan aktor popular Hollywood, Richard Gere yang menyamar sebagai insan gelandangan ingin melihat reaksi orang ramai terhadap golongan itu.

Nyata, lakonannya itu berjaya dilakukannya di bandar New York apabila tiada siapa yang mengenali identiti sebenarnya.

“Saya lihat orang ramai sekadar berlalu di depan saya dan melihat saya dengan rasa hina. Hanya seorang wanita yang baik hati memberikan saya sedikit makanan,” katanya dalam satu status di Facebooknya, hari ini.

Pelakon popular menerusi filem terkenal, Pretty Women pada tahun 1990 bersama aktres Julia Roberts ini menyatakan penyamarannya itu memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.

Katanya, kita sering terlupa untuk berasa syukur dan tidak sepatutnya mengambil mudah terhadap sikap itu.

Menariknya, selepas dia selesai kerja penyamaran itu, dia bertindak memberi makanan dan wang AS$100 kepada setiap insan gelandangan yang ditemuinya.

“Mereka menangis dan bersyukur,” katanya.

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*