Elizabeth Tan Muncul Muzik Video ‘Setia’

Popular menerusi lagu Knock Knock hampir setahun lalu, nama penyanyi Elizabeth Tan semakin dikenali ramai peminat.

Menariknya, pendengar mudah jatuh cinta dengan lagunya atas faktor suaranya yang unik dan cukup sedap menjadi santapan halwa telinga.

Kini, amoi cantik yang pernah membintangi filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid ini muncul dengan lagu terbarunya, Setia.

Lagu single keduanya itu kini tampil dengan muzik video yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube, Faithful Music.

Ia ciptaan Faizal Tahir yang turut menyaksikan komposer hebat itu duet bersama Elizabeth dalam lagu ini. Jom layan!

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*