Aksi Aaron Aziz Di Tempat Sendiri

Populariti seorang artis tidak terhad pada sesuatu karya seperti filem, drama atau muzik yang dijayakan.

Bagi pelakon popular, Aaron Aziz, selain kesibukan di lokasi penggambaran dia juga menjadi pilihan ramai sebagai duta mahupun ikon untuk sesuatu produk atau pengiklanan.

Terbaru, pelakon popular filem KL Gangster ini tampil dalam satu video mengenai percutian ke negaranya sendiri, Singapura.

Video yang dimuat naik pada 1 Oktober lalu itu menampilkan Aaron bersama rakannya melalui pelbagai pengalaman menarik melakukan aktiviti di Taman Tema MegaZip di Sentosa, Muzium Mainan MINT, menjamu selera di restoran J’s, singgah di kedai menjual basikal Tokyobike dan menikmati permandangan indah di Gardens by the Bay.

Bagi peminat Aaron khususnya, pastinya aksi pelakon ini suatu yang dinantikan dan ia juga membantu industri pelancongan negara jiran itu.

– Kafebuzz.my

(Foto: aarondwiaziz – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*