Mawi Kembali Sahabat Dalam Dunia

Penyanyi popular, Mawi sebelum ini pernah berkongsi pengalaman ketika berkunjung ke Palestin dan Israel pada Mei lalu.

Berdepan risiko keselamatan sepanjang 12 hari di sana, Mawi mengakui perasaannya gementar pada masa itu apatah lagi melalui pemeriksaan ketat selama 3 jam di Tel Aviv.

Namun, usaha dan pengalaman sendiri yang dilalui itu berbaloi apabila dia berpeluang merakam visual di sana termasuk paling bersejarah ketika mengunjungi masjid Al-Aqsa.

Menerusi bahan itu, Mawi menyelitkan syot menarik di sana di dalam klip video lagu terbarunya berjudul, Sahabat Dalam Tubuh.

Lagu itu dihasilkan Mawi bersama Daly Filsut yang masih mengekalkan minat Mawi terhadap lagu berkonsep ketuhanan.

Pastinya, rakaman klip video dihasilkan di bawah label, Warner Music Malaysia ini suatu yang istimewa buat Mawi apatah lagi mengenang kembali nasib penduduk Palestin di sana.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*