Jom Lepak Malam Esok…
1 min read
Apa aktiviti malam esok? jika anda mempunyai kelapangan apa kata bersantai bersama keluarga, kekasih dan rakan menyaksikan persembahan pelbagai artis popular pada acara KL Street Jam.
Acara yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan disokong Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) turut menampilkan gandingan penyanyi bersama Kombo Budaya DBKL.
Bukan itu saja, aktiviti lain seperti busking, melukis, tarian dan bazar juga disediakan untuk hiburan pengunjung.
Menariknya, acara ini diadakan di lokasi strategik tempat warga kota berkumpul iaitu Dataran Merdeka yang bermula jam 9 sehingga 11.45 malam.
Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Leina Hangat, kumpulan Sweetchild, Abstrak Hingga Ke Bulan dan R.O.B.
– Kafebuzz.my