Craig Kelar Tangan Jika Kembali 007

Bagi seorang aktor, jika ditawarkan watak agen perisik terkenal seperti James Bond, pasti ia menjadi peluang keemasan yang sukar ditolak.

Namun, lain pula cerita bekas pelakon itu, Daniel Craig yang menyatakan dia sanggup kelar pergelangan tangannya daripada kembali melakonkan watak itu.

Menurutnya, dia tidak bercakap dengan sesiapa mengenai hasrat untuk terus bersama watak kod 007 itu tetapi jika dia sanggup belakon sekali lagi bermakna ia atas alasan wang.

Craig dibayar AS$10.7 juta untuk sekuel, Skyfall, menjadikan dia aktor Bond yang menerima bayaran paling tinggi apatah lagi filem itu mencatat sejarah dengan kutipan sebagai $1 bilion.

Selepas kejayaan Skyfall, Craig dilaporkan ditawarkan bayaran 31 juta pound untuk dua sekuel selepas itu termasuk filem yang akan ditayangkan, Spectre yang menjadi filem francais ke-24.

Namun, dia mengesahkan pada majalah Mail On Sunday pada September lalu, wujud perjanjian yang menyebabkan dia untuk terus berlakon.

“Saya terbabit dalam satu lagi filem tetapi saya tidak mahu membuat jangkaan,” katanya kepada Event, seperti dilaporkan Daily Mail.

Filem keempat Craig sebagai agen perisik 007 akan muncul dengan sekuel terbaru, Spectre arahan Sam Mendes yang mengarah Skyfall sebelum ini.

image

 

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*