Pengarah Muda Kuasai Pawagam

Pengarah filem dan drama tersohor, Datuk Yusof Haslam mengakui pasaran filem tempatan kini banyak di dominasi bakat muda.

Senario itu dapat dilihat menerusi tayangan filem di pawagam yang diarahkan pengarah muda dalam lingkungan usia bawah 40 tahun.

“Jika kita lihat pada hari ini, pengarah-pengarah yang menguasai pasaran di pawagam adalah pengarah muda.

“Seperti filem Polis Evo, pengarahnya masih muda tidak sampai usia 40-an dan ramai pengarah muda juga menang filem terbaik baru-baru ini,” katanya dalam temubual yang disiarkan berita Nasional 5, RTM.

Beliau ditemui media selepas menerima pengiktirafan Ikon Filem Generasi Muda pada Festival Filem Indie Belia Asia (AYIFF) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, baru-baru ini.

Tambahnya, peranan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan peruntukkan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) banyak membantu dalam usaha memartabat industri perfileman tempatan.

Malah, beliau yang juga Timbalan Pengerusi FINAS, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Penasihat Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) berpandangan menerusi AYIFF, ia berupaya mengasah bakat muda dalam menghasilkan filem berkualiti.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Pengerusi CCIG, Jurey Latiff Rosli.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*