Jenaka Jennifer Mandi Dalam Pesawat

Lakonan aktres popular Hollywood, Jennifer Aniston menerusi iklan syarikat penerbangan terkemuka, Emirates menjadi viral sehingga ditonton lebih 800,000 pengunjung di YouTube dalam tempoh 24 jam.

Dalam iklan itu menunjukkan jenaka pelakon berusia 46 tahun itu apabila terbangun dari tidur dalam pesawat Emirates selepas bermimpi dia tidak jumpa tempat mandi dalam pesawat lain.

Hanya mengenakan pakaian di bilik mandi, dia ditertawakan kru kabin pesawat lain itu ketika bertanyakan tempat untuk mandi.

Iklan itu mendapat banyak komen positif penonton apatah lagi mengubat kerinduan peminat menyaksikan lakonan terbaru pelakon sitkom popular, Friends itu.

Namun, menerusi laporan media antarabangsa menyatakan iklan itu dihasilkan sebagai menyindir tiga pesawat Amerika Syarikat iaitu American, Delta dan United terhadap perkhidmatan terbaik pesawat negara Timur Tengah seperti Emirates, Etihad Airways dan Qatar Airways.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*