Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pembangunan industri kreatif penting dalam menjana ekonomi negara.

“Usaha dalam membangunkan industri kreatif dan meneroka pasaran luar negara adalah sangat penting kerana ia adalah salah satu industri yang menjana ekonomi negara.

“Content Malaysia Pitching Centre yang diuruskan FINAS adalah untuk merealisasikan idea-idea baharu melalui insentif yang diperuntukkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, sebanyak 1,600 jam kandungan kreatif ditawarkan FINAS pada Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia (MIPCOM) yang diadakan di Cannes, Perancis bermula hari ini.

Acara itu disertai 25 syarikat tempatan seperti Animasia Production, Giggle Garage, Inspidea, Primeworks Studio dan Big Tent Entertaiment.

Apa yang diharapkan, penyertaan Malaysia kali ini bukan hanya sesi suai kenal atau melancong melihat pemandangan indah di Cannes tetapi membawa pulangan besar yang menguntungkan penggiat seni, kerajaan serta menjana ekonomi negara.

Berikut beberapa foto menarik di sana:

image image image image image image image image image