116 Filem Sertai KLEFF

Festival Filem Eko Kuala Lumpur Antarabangsa Ke-8 (KLEFF) bakal menampilkan 116 filem dari seluruh dunia sepanjang acara itu yang bermula 16 Oktober ini di Publika Mall di sini.

Pengasas dan Presiden EcoKnights, Yasmin Rasyid berkata, festival tiga hari itu mahu menggalakkan penggunaan dan pengeluaran lestari menerusi ekosistem tempatan dan antarabangsa yang menyerlahkan produk dan perkhidmatan hijau.

“Kali ini, mereka yang menghadiri KLEFF akan digalakkan menerokai inovasi dalam penceritaan isu-isu alam sekitar yang sangat memerlukan perhatian,” katanya selepas memperkenalkan KLEFF kepada media.

Menurutnya KLEFF akan terus menyediakan platform bagi inisiatif, gerakan, perniagaan dan kesenian hijau dalam usaha menggalakkan perubahan ke arah mewujudkan alam sekitar yang lebih baik.

Selain filem, KLEFF turut mengadakan bengkel, program seni dan persembahan sepanjang festival itu. Maklumat lanjut boleh layari, www.ecofilmfest.my.

Poster-KLEFF2015-A4

– RTM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*