Perpisahan Wings Suatu Malapetaka

Perjalanan kumpulan rock tersohor, Wings selama 30 tahun dalam bidang muzik memang tiada tandingan.

Ditubuhkan pada tahun 1985 sejak tamat zaman persekolahan, mereka bermain di taman tema atau ‘fun fair’ sebelum di kelab.

Nama Wings mula gah selepas mereka menyertai BMG Music yang diuruskan Datuk Aziz Bakar.

Awie menyatakan nama Aziz, Ali Bakar dan Bob Lokman sentiasa dalam ingatan sebagai individu yang banyak membantu Wings.

Menariknya, Awie juga menyatakan kenangan paling manis apabila lagu mereka dimainkan di stesen radio di Kanada dan Australia.

Mereka juga pernah berdepan konflik sesama sendiri selepas mengadakan konsert Double Trouble bersama kumpulan Search di Stadium Merdeka.

Tambah Awie, ia adalah fasa getir pada mereka apabila perpisahan Wings menjadi suatu malapetaka.

“Kami ibarat bermusuh, tak bertegur sapa dan memencilkan diri. Walaupun dalam hati kecil mahu kembali menjalinkan ikatan semula tapi ego yang menguasai diri,” kata Awie seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

wings2

Katanya, selama 8 tahun tidak bertegur sapa, mereka berempat kemudian bertemu secara tidak sengaja pada majlis perkahwinan komposer, Datuk M Nasir dengan Marlia Musa.

Desakan Bob yang mahu mereka membuat persembahan bersama menjadi jalan pendamaian.

Sebagai meraikan sejarah tiga dekad dalam industri muzik, mereka akan mengadakan satu persembahan, Konsert 30 Tahun Wings di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Oktober ini.

Tiket berharga RM285 (rock zone), RM85 (tempat duduk bebas) dan RM48 (pelajar) boleh dibeli menerusi www.tickethotline.com.my.

– Kafebuzz.my

(Foto: Utusan Malaysia)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*