Langkah Pak Nil Bersama KRU Posse

Bagi kebanyakkan peminat, mereka lebih mengenali selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara terkenal menerusi populariti program realiti, Akademi Fantasia.

Sejarah program mencungkil bakat penyanyi terbitan Astro itu cukup sinoim dengan kemunculan Aznil sehingga beliau juga sebenarnya menjadi faktor tarikan penonton yang mahu melihat aksinya di atas pentas.

Begitu juga, Aznil mesra digelar Pak Nil dalam kalangan peminat cilik menerusi program popular, Tom Tom Bak.

Menyingkap sejarah kariernya, Pak Nil pernah mendapat peluang daripada KRU untuk menerbitkan majalah bulanan, KRU Posse.

Bagi peminat KRU ketika itu, menjadi ahli dengan mendapat kad keahlian dan majalan bulanan suatu yang cukup sentimental untuk di simpan sebagai kenangan.

Pak Nil yang berkongsi kisah silamnya menerusi kolum Menjengah Minda di Kosmo! hari ini, menyatakan keikhlasan KRU membantunya dan keserasaian bekerja memberikan kepercayaan padanya untuk menerbitkan program majalah hiburan, Pop TV untuk RTM.

Katanya, pengalaman ketika mengendalikan program itu juga mematangkan dirinya apabila pernah dihalau keluar dari satu majlis kenalannya sendiri.

Perasaannya ketika itu hampir menitiskan air mata tetapi demi mencari rezeki, beliau tetap melaksanakan tugasnya menemubual artis popular yang hadir pada majlis itu.

Pak Nil juga berkata, dia berasa lebih terhina apabila satu ruangan gosip bertajuk Pengacara Melukut Di Tepi Majlis Orang! diterbitkan bersebelahan laporan majlis berkenaan.

Namun, Pak Nil tidak berdendam. Malah, menganggap kejadian itu sebagai pengajaran sangat beharga padanya dalam mengenal erti persahabatan.

– Kafebuzz.my

(Foto: aznilnawawihm – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*