Bila Tinggal Selangkah Bergelar Juara AF2015

Seperti dijangka peserta kegemaran ramai, Bila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir program realiti Akademi Fantasia 2015.

Bila menunjukkan persembahan konsisten sepanjang minggu program popular Astro itu bermula, memberikan kelebihan padanya untuk menyakinkan dua juri profesional, Joe Flizzow dan Stacy serta penonton yang mengundi menerusi SMS.

Namun, Bila men jadi peserta paling bertuah kerana bakatnya berjaya dikesan pengkritik tetap, Datuk Ramli MS yang cukup berpengalaman dalam bidang muzik dan nyanyian sekaligus tahu yang mana intan dan permata.

Setiap kali persembahan, Ramli kagum dengan bakat dimiliki gadis comel ini sehinggakan beliau sendiri tidak tahu berkata apa-apa pada anak pemuzik, Eddie Wings ini.

Lebih menarik, penyertaan Bila pada saingan separuh akhir malam tadi menyaksikan dia menjadi satu-satunya peserta wanita yang berjaya melangkah ke final.

Peserta jelita, Lisa dan Rachel kecundang apabila nama mereka diumumkan duo pengacara, Faizal Ismail dan Zizan Razak sebagai peserta yang mengusung beg keluar dari pentas.

Bila membuktikan dia cukup bertenaga pada malam tadi menerusi persembahan lagu Girl On Fire sambil aksinya ditemani bahang api di pentas bersama gabungan gaun merahnya yang menggoda penonton.

Apa yang pasti, Bila hanya tinggal selangkah lagi untuk mencipta sejarah baru kepada program realiti berkenaan dan industri muzik tempatan yang menilai pada aspek berbakat untuk menjadi juara.

Bukan menidakkan bakat peserta lain tetapi jika penonton menilai komen Ramli sebagai seorang yang pakar dalam muzik dan nyanyian, Bila mempunyai potensi menjadi juara.

Mengiringi Bila ke final adalah tiga pelajar lelaki iaitu Syamel, Sharul dan Sufi. Siapakah yang bergelar juara? nantikan kejutan dan drama AF2015 seterusnya.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*