Lelaki Harapan Dunia Ke Oscar!

Filem Lelaki Harapan Dunia yang pernah menang Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) dipilih mewakili Malaysia ke acara anugerah antarabangsa, Anugerah Academy.

Diarahkan Liew Seng Tat yang juga menang anugerah Pengarah Terbaik pada FFM27, plot filem ini mengisahkan sekumpulan penduduk kampung membantu seorang pemilik rumah usang yang berhasrat menjadikannya sebagai hadiah kepada anak perempuannya.

Festival Filem Antarabangsa Toronto yang menayangkan filem ini dalam kategori Sinema Antarabangsa Kontemporari sebelum ini menyifatkan filem ini berkongsi perasaan memelihara aspek warisan secara komedi dengan menggambarkan kehidupan luar bandar di Malaysia.

“Kami berterima kasih pada FINAS atas pengiktirafan ini. Ia suatu yang menakjubkan apabila filem kami dihantar ke Anugerah Academy.

“Ia adalah pengiktirafan yang besar pada kami dan kami terlalu gembira serta bersyukur atas sokongan yang kami terima,” kata produser Sharon Gan seperti dilaporkan The Hollywood Reporter.

Filem ini dalam judul bahasa Inggeris, Men Who Save The World pernah ditayangkan di Festival Filem Locarno pada tahun lalu menjadi filem ketiga dicalonkan Malaysia untuk kategori Filem Asing untuk Oscar.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*