Imej Baru Pelakon Popular Tarik Perhatian

Pernah menjadi bualan peminat menerusi kisah percintaan dengan seorang aktor popular, kemunculan pelakon comel, Emma Maembong sering menarik perhatian ramai.

Begitu juga, pelakon drama bersiri popular, Projek Memikat Suami ini kini tampil dengan imej baru berpurdah ketika menghadiri satu seminar motivasi di Shah Alam hari ini.

Menerusi seminar, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) bersama Dr Azizan Osman yang diadakan di IDEAL Convention Centre itu, gadis berusia 23 tahun ini kelihatan anggun dengan purdah rona merah hati dan purdah hitam.

Mungkin faktor cuaca jerebu di Shah Alam yang dilaporkan ketika ini melebihi 300 indeks pencemaran udara (IPU) menyebabkan Emma lebih selesa dengan gaya sebegitu.

Sebelum ini, dia juga ada memuat naik gaya yang sama untuk mempromosikan produknya di Instgramnya.

Mungkin jika Emma terus dengan imej berpurdah, ia suatu yang bagus untuk diri sendiri berubah menjadi muslimah solehah.

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*