Rakan Artis Kongsi Pengalaman Strok

Dalam kita semua asyik dengan kesibukkan tugasan harian dan berhibur, kita mungkin terlupa aspek penjagaan kesihatan.

Meskipun antara kita kerja lasak menggunakan kekuatan fizikal tetapi mungkin kita sebenarnya kurang peka aspek mencegah sebarang penyakit pada peringkat awal.

Bagi mereka yang tahu penyakit strok, ia berlaku tanpa diduga pada sesiapa saja dan paling ditakutkan, kesannya boleh menyebabkan individu itu lumpuh.

Seorang pengurus acara, Azlan Zainudin, 36, melalui pengalaman sedemikian sehingga menjejaskan kesihatannya.

Dalam kalangan penggiat seni, rakan artis dan rakan media, Azlan cukup dikenali sebagai individu yang banyak berjasa menguruskan seseorang artis dan sebelum ini dia sering bersama pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil).

Berkongsi pengalaman berdepan penyakit itu, Azlan bersemangat mengikut pelbagai acara untuk bercerita kepada umum.

Hari ini, Azlan juga akan berada di Talent Lounge, blok A, Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya, pada jam 2 petang.

Kepada mereka yang mempunyai kelapangan termasuk rakan artis, jangan lupa hadir menyokong program ini sambil memberi semangat pada Azlan bersama dua lagi panel untuk meneruskan kehidupan.

image

image

– Kafebuzz.ny

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*