Mike Tyson Dicabar Ip Man

Populariti aktor Hong Kong, Donnie Yen dengan filem Ip Man memang tidak dapat dipisahkan.

Sejak ditayangkan pada tahun 2008, filem biografi seni mempertahankan diri kung fu berdasarkan kisah hidup Yip Man, guru kepada Wing Chun dan Bruce Lee mendapat sambutan ramai daripada penonton di seluruh dunia.

Selepas sekuel keduanya pada 2010, kini peminat filem francais ini berpeluang menyaksikan sekeuel ketiganya.

Khabarnya, Yen masih kekal sebagai teraju utama filem ini tetapi lebih menarik, sekuel kali ini menampilkan bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson.

“Mari kita lihat siapa yang lebih pantas, kamu atau saya,” kata Tyson.

image

Plot kali ini akan memberi fokus pada hubungan Ip Man dengan anak muridnya, Bruce Lee dan kemunculan legenda kung fu itu juga dibantu teknologi imej janaan komputer (CGI).

Bruce Lee Enterprise (BLE) dilaporkan mahu teknologi CGI terhadap Lee dihentikan.

Namun, ia masih belum jelas sama ada Lee muncul atau tidak dalam filem ini nanti.

Pembukaan tayangan filem ini dijangka diadakan di Hong Kong pada 25 Disember nanti.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: AFP)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*