Maya Karin & Marsha Diserang ‘Jwanita’ Sebenar

Sejak ditayangkan pada 24 September lalu, filem genre seram thriller, Jwanita masih menjadi bualan ramai peminat ketika ini.

Menariknya, masih ramai peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menonton di pawagam yang sudah tentu memberi pengalaman yang lebih ‘terasa’ berbanding menonton di televisyen.

Garapan sutradara Osman Ali terhadap watak Jwanita yang dijayakan pelakon jelita, Maya Karin berjaya mengangkat kembali kegemilangan filem  seram tempatan yang sebelum ini menjadi permintaan di pasaran.

Sebagai ‘penghargaan’ kepada Maya dan juga Marsha yang turut membintangi filem itu, satu rakaman ‘prank’ dilakukan terhadap dua pelakon itu.

Daripada apa yang dipertontonkan, rakaman ini sekadar hiburan dan mungkin menguji tahap keimanan kedua pelakon itu apabila mereka sendiri berdepan ‘Jwanita’ sebenar.

https://youtu.be/fVGVzVpKyNM

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*