KJ Sahut Cabaran Tekan Tubi 40 Kali

Menjadi seorang ikon dalam sukan sudah pasti perlu kekal cergas dan mempunyai stamina yang tinggi.

Begitu juga, selain ahli sukan tidak kira mewakili negara atau peringkat negeri, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau nama glamor KJ juga membuktikan dia juga ikon sukan yang boleh dicontohi ramai.

Sempena sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini, KJ menyahut cabaran melakukan senaman ‘push up’ atau tekan tubi sebanyak 40 kali hari ini.

Menariknya, aksinya itu turut dirakam ketika hadir sebagai tetamu untuk program Johara di stesen radio Era FM, di Astro Bukit Jalil, Selangor.

KJ sebelum ini pernah melakukan cabaran mandi ais atau ‘ice bucket challenge’, setahun lalu dan kini membuktikan dia juga seorang ikon yang kekal sihat serta mempunyai stamina yang tinggi.

Bagi peminat KJ , mereka boleh tonton aksi ikon sukan itu di laman sosial Facebook, Era FM.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*