Bersyukur Serta Bukti

Tingkat 7 Dewan IDEAL Convention Centre (IDCC), pagi ini sekali lagi bergema dengan sorakan semangat lebih 3,200 peserta Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) sesi Oktober 2015.

‘Energy’ hari kedua ini ternyata lebih kuat daripada hari pendaftaran semalam yang membentuk gelombang tersendiri dan hanya mereka yang berada di sini tahu rasa ‘SWITCH’ itu.

Pagi ini, Jurulatih Kejayaan No 1 Asia, Dr Azizan Osman, berkongsi mengenai Kuasa Bersyukur yang harus dipraktikkan oleh setiap individu.

“Kalau kita kata syukur, biasanya bukan setakat di bibir atau mulut tetapi ia mesti didatangkan dengan bukti.

“Untuk membuktikannya, barulah datangnya Kuasa Solat atau Sujud. Tetapi di sini saya suka kaitkan dengan sujud kerana ketika waktu bersujud itulah saat kita sangat rapat dengan Allah.

“Seperti solat, ada 17 rakaat sehari semalam. Cukup lima waktu tetapi kalau kita ikhlas, mestilah kita nak buat lebih. Kalau kita nak sesuatu, eloknya kita bagi dulu,” kata Dr Azizan.

Beliau yang baru berganding bahu dengan beberapa pakar motivasi dunia termasuk Brian Tracy untuk menyumbang idea di dalam buku Beat The Curve, juga sering mengingatkan peserta programnya tentang manfaat menyumbang.

Sesi kedua untuk petang ini akan lebih menarik apabila Dr Azizan Osman berkata tentang HALANGAN.

Sumber: Dr Azizan Osman – Facebook (penulis: Abie Abdullah)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*