18/01/2021

Aksi Wanita Berbogel Cuit Hati Penonton

1 min read

Program kandid kamera, Just for Laughs: Gags memang cukup popular kepada penonton di seluruh dunia.

Aksi kru program itu yang berlakon mengenakan orang ramai mencuit hati ramai penonton sehingga program berkenaan mendapat ‘rating’ tinggi dan ditunggu ramai setiap kali siaran di televisyen.

Satu episod terbaru program itu menunjukkan aksi seorang wanita berbogel sambil mandi dalam tandas bergerak yang diletakkan di satu kawasan taman riadah.

Meskipun, adegan itu dianggap suatu yang biasa tetapi ia masih berjaya menarik perhatian penonton untuk ketawa.

Dalam rakaman itu, ramai pengguna yang mahu menggunakan tandas bergerak itu berasa terkejut sebaik membuka pintu itu yang tidak berkunci.

Namun, seorang pengguna lelaki terakhir dalam rakaman ini pula memberikan kejutan pada pelakon wanita terbabit.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *