24/01/2021

Peluang Kerjasama Produksi Di TIFFCOM, Tokyo

1 min read

Peluang kepada penggiat seni termasuk produksi tempatan untuk menjalinkan kerjasama dengan produksi antarabangsa menerusi penyertaan bersama ruang pameran, Pavilion Malaysia di Pameran Kandungan Jepun 2015  (TIFFCOM) di Tokyo yang akan diadakan pada 20 sehingga 22 Oktober nanti.

Acara ini yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama Creative Content Association Malaysia (CCAM) dan GCMA menyediakan peluang kerjasama untuk penerbitan TV, filem, dokumentari dan animasi.

Menariknya, projek ini disokong dana daripada Cool Japan Content Funds dan FINAS Co-Production Pitching Centre Grants.

Maklumat menerusi Global Creative and Media Agency menyatakan syarikat penerbangan AirAsia juga mengadakan promo tiket penerbangan dari serendah RM1,046 atau AS$230 (KUL-HND-KUL).

Berita baik juga untuk produksi mungkin layak untuk mendapat tuntutan balik perjalanan tiket penerbangan, hotel dan yuran penyertaan daripada MATRADE Market Development Grant.

Mereka yang berminat boleh menghubungi: alex.albela@gcma.tv, ella@creativecontent.my atau azrina@finas.my.

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *