Siapa Pengacara Hebat Ini?

Jika disebut siapa antara pengacara program bual bicara hiburan yang paling popular di Hollywood, nama David Letterman antara yang diminati ramai.

Letterman yang sinonim dengan kemunculan menerusi program, Late Night With David Letterman meraih sambutan menggalakkan daripada penonton.

Malah, gayanya bersembang mengenai sesuatu perkara diselit gurau dan jenaka membuatkan penonton terhibur.

Menariknya, Letterman juga menjadi inspirasi kepada selebriti lain yang mahu menjadi pengacara program bual bicara atau ‘talk show’ yang hebat.

Perkembangan terbaru mengenainya seperti dilaporkan ET Online, dia kelihatan seperti seorang warga emas yang menampilkan imej berjambang sehingga sukar dikenali peminat.

Pengacara berusia 68 tahun ini mempunyai pengalaman mengacara program berkenaan selama 33 tahun sejak tahun 1982 sehingga siaran akhir pada 20 Mei lalu.

Letterman

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*