Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Paul Walker Mati Terbakar Hidup-Hidup

Kisah tragik aktor popular Hollywood, Paul Walker terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu masih terpahat dalam ingatan peminatnya.

Namun, dalam kes saman anak aktor itu terhadap syarikat pembuatan kereta terkenal, Porsche, pula menyatakan bapanya itu mati terbakar hidup-hidup walaupun didakwa masih bernyawa selepas kemalangan itu.

Merujuk laporan TMZ hari ini, peguam kepada Meadow Walker yang kini berusia 16 tahun mendakwa apabila Porsche Carrera GT yang dinaiki aktor itu kemalangan sehingga remuk, tali pinggang keselamatan yang dipakainya menyebabkan dia tersekat dan terperangkap di tempat duduk.

Tuntutan saman itu juga menyatakan kebakaran tidak berlaku dalam tempoh 1 minit 20 saat selepas kemalangan tetapi Walker terperangkap.

Apabila kebakaran berlaku, Walker masih bernyawa.

Laporan sebelum ini juga menyebut kemalangan kereta itu berlaku pada kelajuan antara 80 sehingga 93 mph tetapi saman pula menyatakan ia adalah antara 63 sehingga 71 mph.

Peguam Meadow juga mendakwa Porsche mengetahui model Carrera GT mempunyai sejarah tidak stabil dan isu kawalan.

Katanya, kemalangan itu boleh diatasi dengan Sistem Pengurusan Stabiliti Porsche (PSM) untuk mengelak daripada kereta terbabas.

Mereka juga mendakwa PSM tidak dipasang pada Carrera GT sepertimana ia adalah standard untuk kebanyakkan model.

paul1

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: TMZ & meadowwalker – Instagram)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino