18/01/2021

Siapakah Wanita Misteri Itu?

1 min read

Menjadi selebriti popular, apa saja yang dilakukan menjadi bualan peminat.

Situasi itu dilalui bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik yang mencetuskan tanda tanya peminat mengenai kehadiran wanita misteri yang bermanja dengannya dalam satu gambar yang dimuat naik di Instagramnya.

Khabarnya, selepas sebulan Zayn berpisah dengan tunangnya, Perrie Edwards, dia memuat naik gambar itu semalam.

Spekulasi peminat mengatakan wanita misteri itu adalah aktres Gage Golightly yang dikenali dengan watak Erica Reyes dalam drama bersiri popular, Teen Wolf.

Namun, Gage menafikan dakwaan itu di status Instagramnya.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: gagegolightly – Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *