Harga Air Mata Isteri ‘Jack Sparrow’…

Mungkin tidak ramai yang tahu sifat sebenar isteri aktor Johnny Depp, Amber Heard selain pernah berlakon bersama dalam The Rum Diary dan terbabit dalam tuduhan menyeludup anjing suaminya itu.

Namun, kini masyarakat dan peminat mula menyedari wanita berusia 29 tahun ini mempunyai hati yang mulia.

Perkembangan terbaru Amber bersama suaminya menyertai program Yayasan Pendengaran Starkey di Rio, Brazil bertujuan membantu mengagihkan ratusan bantuan pendengaran pada masyarakat di situ.

Apa yang ingin dikongsi, suasana yang dilalui pasangan itu cukup beremosi sehingga Amber menitiskan air mata.

“Ia bukan situasi seperti anda cuba mendengar atau mencubanya sebaliknya, ia momen di mana mereka kembali ceria apabila dapat mendengar,” kata Amber seperti dilaporkan The Stir.

Perasaan mendalam Amber itu diakui pelakon yang popular dengan watak Jack Sparrow yang turut beraksi bersama bandnya, Hollywood Vampires pada Festival Muzik Rio.

“Membantu kanak-kanak ini dan masyarakat adalah suatu yang menakjubkan,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*