20/01/2021

‘Drama’ Terbaru AF, Ogy Dikritik Peminat

1 min read

Suatu ketika dulu apabila Mawi diumumkan sebagai peserta terkeluar kemudian masuk semula sehingga dipilih sebagai juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, ia menjadi ‘drama’ terbaik untuk program realiti kegemaran ramai itu.

Begitu juga, ‘drama’ AF berlaku pada musim ini selepas wujud ‘Kuasa Pengkritik’ yang membantu menyerap semula peserta terkeluar.

Pengkritik tetap, Datuk Ramli MS tampil menyelamatkan Syamel sekaligus memberi peluang pada peserta itu untuk terus bersaing pada minggu hadapan.

“Kamu kena buktikan kepada umum yang kamu berpotensi,” kata Ramli sejurus nama Syamel diumumkan terkeluar.

image

Di sebalik tiada penyingkiran pada minggu kelapan ini, pelakon popular, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang dijemput sebagai pengkritik jemputan kali ini juga menghangatkan suasana dengan komen yang ‘pedas’.

Namun, segelintir peminat atau penyokong peserta program ini menyelar komen Ogy.

Kemunculan Ogy bersama AF bukan baru tetapi siapa jua pengkritik yang muncul dalam program realiti ini, mereka berhak mengkritik dan peserta perlu mengambilnya sebagai suatu yang positif untuk belajar serta memperbaiki mutu persembahan.

image image image image image image

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *