Celine Dion Mahu Temani Suami Sehingga Saat Akhir

Penyanyi popular, Celine Dion kembali semula mengadakan persembahan selepas setahun menjaga suaminya, René Angelil.

Apa yang menarik perhatian peminatnya ketika persembahan di The Colosseum, Caesars Palace, Las Vegas baru-baru ini, penyanyi berusia 47 tahun itu turut berkongsi rakaman video keluarganya.

“Saya berharap bermula sekarang anda mendapat mesej dalam persembahan ini bahawa ia adalah suatu yang sangat-sangat peribadi pada saya,” katanya sebelum menyanyi.

Menurut majalah Hello!, Celine menyanyi lagu The First Time Ever I Saw Your Face sambil rakaman video menunjukkan suaminya berusia 73 tahun bersama tiga anak mereka meluangkan masa bersama menyentuh perasaan penonton.

Ini bukan pertama kali, Celine bercerita mengenai suaminya yang mengidap barah kerongkong.

“Saya tidak mahu berada di sini pada mulanya. Saya tidak mahu tetapi jangan salah anggap, saya suka menyanyi untuk semua tetapi saya mempunyai keutamaan.

“Tiga anak dan suami saya mahu saya berada di sini,” katanya.

Beberapa hari lalu, Celine ketika bercerita pada USA Today mengenai penyakit suaminya memberitahu Anjelil mahu meninggal dunia di atas pangkuannya.

“Saya bertanya padanya apakah dia takut? Saya faham dan ceritakannya pada saya.

“Apabila dia berkata mahu meninggal dunia atas pangkuan saya, saya kata okay. Saya akan berada di sisinya,” katanya.

Celine juga mengatakan dia banyak berkorban untuk suaminya sejak setahun lalu tetapi mahu tunjukkan pada suaminya dia tabah untuk mereka berdua.

“Kamu boleh merasai lutut terketar pada hujung usia tetapi apabila seseorang yang kita sayang perlukan perhatian, ia bukan masa untuk kita menangis,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=yFMx_WcY9UE

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*