Klon Ella Dalam Rock Bro

Bakat baru diberi peluang memegang watak utama dalam sebuah drama atau filem semenangnya menjadi peluang keemasan yang sukar dilepaskan.

Begitu juga, rezeki memihak kepada Amy Jueliet apabila mendapat tawaran sebagai pelakon utama untuk filem terbaru pengarah tersohor, Mamat Khalid.

Amy atau nama sebenar, Roziana Ali tidak menyangka meraih peluang membintangi filem sekuel terbaru, Rock Bro bergandingan bersama Khir Rahman.

Menariknya, pelakon berusia 28 tahun ini diberi kepercayaan membawakan watak penyanyi rock terkenal, Ella.

Amy yang berasal dari Johor Bahru dan dibesarkan di Tanah Merah, Kelantan, menyatakan dia hanya mencuba nasib ketika pergi uji bakat filem itu pada saat akhir.

“Amy tak rasa diri macam Ella tetapi apabila diminta berlakon satu adegan bersama Khir, dia pun kata ada ‘chemistry’ saya dengan Ella,” katanya kepada Kafebuzz.

Katanya, dia tidak menolak faktor wajah dan gayanya memberi kelebihan untuk menghayati karakter Ella dalam filem itu dengan lebih berkesan.

“Saya berasa syukur sebab memang angan-angan Amy berlakon dengan abang Mamat dan tak sangka impian menjadi kenyataan.

“Ia juga macam mimpi yang menjadi realiti. Pada mulanya memang takut dan gugup apatah lagi berlakon dengan pelakon disegani seperti Khir, Pekin dan Sofi.

“Namun, perasaan gugup itu hilang apabila kami menjadi kawan dan rapat di set penggambaran,” katanya.

Amy juga yang pernah membintangi drama Kasih Jasmin di RTM dan Kifarah (TV3) sebelum ini turut meletakkan tahi lalat di hidung untuk menampakkan wajah persis Ratu Rock Negara itu.

Bagi peminat filem Rock, boleh ikuti Instagram Amy di amy_jueliet.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*