Peminat Filem Seram Wajib Tonton Jwanita

Hari ini satu lagi naskhah arahan Osman Ali menjengah pawagam iaitu Jwanita yang menampilkan aktres jelita, Maya Karin selaku watak utama.

Bersempena dengan cuti umum Hari Raya Aidiladha hari ini, jangan lepaskan peluang menonton filem terbitan Nuansa Sdn Bhd bersama Ehsan Production ini.

Filem ini turut dijayakan barisan pelakon hebat seperti Cristina Suzanne sebagai Julaika, Bront Palarae (Dr Farhan), Marsha Milan Londoh (Nona) serta pelakon cilik, Putri Syasya Masyithah dan Mohd Izuan Fikri Zolkefli.

Bagi peminat filem seram, suspen dan thriller, filem Jwanita wajib ditonton sebagai satu lagi naskhah yang menghiburkan.

Jika kita sebelum ini kagum dengan kisah seram Hollywood mahupun Thailand, kali ini kita juga berbangga dengan hasil tempatan yang berpotensi ke pasaran antarabangsa.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*