Shakira Perjuang Nasib Kanak-Kanak Dunia

Keprihatinan artis popular antarabangsa dalam menyertai misi kemanusiaan menjadi sumbangan yang cukup besar pada masyarakat dunia yang dihimpit kemiskinan, penindasan mahupun sebagai mangsa keganasan.

Begitu juga, sikap positif yang diambil penyanyi popular Colombia, Shakira yang memikul tugas sebagai Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Menariknya, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Whenever, Whenever’ dan ‘Hips Don’t Lie’ bersama pemimpin dunia lain memperjuangkan pembangunan kanak-kanak dan menyatan peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan.

Menerusi statusnya di media sosial, Instagram dan Facebook hari ini, pemenang Anugerah Grammy dua kali ini menyatakan dia terbabit dalam satu mesyuarat bersama UNICEF mengenai inisiatif pembangunan awal kanak-kanak.

Katanya, perbincangan itu disertai bersama Setiasusaha Agung pertubuhan itu, Ban Ki Moon, Profesor Jack Shonkoff dan Setiausaha Pendidikan, Amerika Syarikat, Arne Duncan.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*