Skrip Merapu Punca Filem Kita Gagal

Apa faktor utama yang menyebabkan filem tempatan tidak laku apabila ditayangkan di pawagam?

Soal penonton kedekut untuk beli tiket wayang, cenderung kepada filem Hollywood atau lebih gemar menunggu filem berkenaan masuk saluran Astro First bukanlah perkara utama yang diperlu diberi fokus.

Sebaliknya, plot yang membosankan hasil daripada penulisan skrip menjadi punca utama filem tempatan tidak mendapat sambutan.

Kenyataan itu diakui Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang dilantik secara rasmi, semalam.

Katanya, produser filem perlu memikirkan lebih serius terhadap aspek penulisan skrip untuk mengatasi sikap penonton yang berasa jemu untuk tonton filem tempatan.

Tambahnya seperti dilaporkan Kosmo!, skrip yang merapu dan penonton banyak tertipu dengan promosi filem yang hebat tetapi hasilnya membosankan.

Jadi, sebaiknya teguran beliau terhadap produser filem termasuk penulis skrip diambil secara positif dalam menghasilkan karya lebih baik.

Begitu juga, The Content Malaysia Pitching Centre yang diwujudkan kerajaan sebelum ini seharusnya memainkan peranan lebih besar dalam mengatasi isu ini dan bukan sekadar gah pada nama.

– Kafebuzz.my

(Foto: FINAS Malaysia – Facebook)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*