Janet Jackson Tidak Mahu Lagi Mencolok Mata

Penyanyi popular, Janet Jackson sememangnya sudah memeluk Islam.

Penyanyi berusia 49 tahun ini berkahwin dengan bilionaire muslim, Wissam Al Mana, 40, pada tahun 2012 dan dilaporkan serius untuk menjadi seorang muslimah.

Malah, dia tidak mahu lagi berpakaian mencolok mata mahupun menampilkan pergerakan tarian menggoda dalam konsert jelajahnya.

Sumber memberitahu The Sun, dia berasakan diri seolah berada di rumah dengan Islam dan memberitahu anggota keluarganya yang turut menghormati keputusannya itu.

“Dia juga menghabiskan masa belajar mengenai agama dan pengikutnya.

“Aksi tarian menggodanya dan lirik berunsur seksual sudah lama ditinggalkannya,” katanya.

Akhbar juga melaporkan Janet menutup persembahan jelajah ‘Unbreakable’ dengan perkataan Insha Allah.

Sementara itu, Janet seperti dilaporkan MSN, menarik diri daripada Festival Muzik iHeartRadio pada minggu ini.

Janet dijadualkan membuat persembahan itu di MGM Grand Garden Arena bersama Kanye West, The Killers, Coldplay. Kenny Chesney, Blake Shelton, The Weeknd, Duran Duran, Lil Wayne, David Guetta dan Disclosure.

Bagaimanapun, Las Vegas Review Journal melaporkan Janet membatalkan hasrat itu kerana isu berkaitan telinganya untuk menghalang daripada menaik kapal terbang.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: janetjackson – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*