U2 Terpaksa Batal Konsert

Kumpulan rock terkenal, U2 membatalkan hasrat untuk mengadakan persembahan mereka di satu konsert di Sweden atas tujuan keselamatan.

Menerusi laporan media, pihak keselamatan di sana tidak menjumpai apa yang mereka cari sama ada lelaki memegang senjata sehingga memaksa band itu membatalkan persembahan mereka.

Pihak berkuasa Sweden memberitahu TMZ, Stockholm The Globen yang menjadi lokasi konsert dikosongkan pada malam Ahad lalu apabila pihak keselamatan gagal mengesan lelaki yang dipercayai berada di dalam kawasan terbabit.

U2 yang kecewa dengan insiden berkenaan menyatakan pihak penganjur memohon maaf atas sebab yang tidak disengajakan dan terima kasih pada peminat yang memahami situasi berkenaan.

image

Katanya, faktor keselamatan diutamakan. Namun, persembahan dijangka akan diadakan semula pada Selasa nanti.

Band popular dari Dublin, Ireland ini diketuai Bono selaku vokalis adalah kumpulan legenda yang ditubuhkan sejak tahun 1976 dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.

Antara lagu popular mereka, Beautiful Day.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: U2 – Instagram & news.yahoo.com)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*