Selamat Bertugas Pengerusi FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengumumkan pengerusinya yang baru iaitu Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di Facebooknya, FINAS Malaysia, hari ini.

Dalam status itu menyatakan Sesi Penyerahan Surat Lantikan Pengerusi FINAS kepada Mohd Khusairi dilakukan di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) oleh Menteri KKMM, Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Hadir sama, Timbalan Menteri KKKM, Datuk Jailani Johari bersama Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad serta Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*