Last Updated: 04/07/2020 - 12:53 AM

Tunggu Lampu Hijau Stesen TV…

Pada perspektif penonton, filem mahupun drama tempatan membosankan kerana kisah kitar semula dan penceritaan tangkap muat walaupun diumpan pelakon popular.

Bagi produser, pengarah dan penulis skrip, mereka berharap sesuatu karya itu bukan saja meraih sambutan positif penonton tetapi mampu meninggalkan mesej mendalam.

Di sebalik persepsi penonton itu, produser, pengarah dan penulis skrip sudah lama berdepan kerenah stesen TV yang meletakkan pelbagai syarat pada mereka.

Pengarah terkenal, Zulkeflie M Osman juga meluahkan pandangannya terhadap stesen TV yang menolak karya difikirkan ‘berat’ kerana bajet besar dan berisiko.

Senario ini sebenarnya sudah lama berlaku tanpa ada pilihan dan kesannya bukan saja pada masa depan industri perfileman serta drama tempatan yang akan menjadi semakin suram tetapi penggiat seni akhirnya angkat kaki.

Sampai bila senario ini terus berlaku tanpa perubahan stesen TV untuk berani memberi lampu hijau pada produser tempatan menghasilkan naskhah lebih berat walaupun siaran di televisyen.

Apakah kita hanya berbangga menonton drama televisyen luar negara yang membawa pelbagai karya lebih berat sebaliknya, industri hiburan kita masih di takuk lama sehingga akhirnya penonton mencemuh.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino