Fenomena Misteri The Leftovers Bersambung

Bermula 13 April lalu, saluran telefilem, drama bersiri dan filem terkenal, HBO dan Cinemax menayangkan filem pada hari yang sama di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

HBO menjadi saluran pertama di negara ini yang menawarkan siaran program original AS.

Meneruskan komitmen sama, HBO membawakan drama bersiri popular, The Leftovers musim kedua selama 10 episod pada setiap Isnin bermula 5 Oktober nanti jam 9 pagi di HBO/HBO HD (Astro 411/431).

Drama bersiri ini yang turut disiarkan pada hari yang sama di AS jam 9 malam dan boleh ditonton di mana saja menerusi Astro On The Go.

Karya yang dihasilkan pemenang anugerah Emmy, Damon Lindelof dan penulis novel yang pernah dicalonkan pada Anugerah Academy, Tom Perrotta menampilkan barisan pelakonĀ asal seperti Justin Theroux, Amy Brenneman, Christopher Eccleston, Liv Tyler, Carrie Coon, Ann Dowd, Margaret Qualley, Chris Zylka, Janel Moloney, Regina King, Kevin Carroll dan Jovan Adepo.

Dalam satu kenyataan media, penggambaran musim baru kali ini dijalankan di Austin, Texas.

Plot drama ini mengisahkan 2 peratus penduduk dunia didapati hilang tanpa sukar dijelaskan iaitu 140 juta individu hilang secara tiba-tiba.

Tiada satu negara yang terkecuali daripada fenomena misteri ini kecuali satu pekan kecil di barat Texas yang mempunyai 9,261 jumlah populasi.

Dua keluarga dikenali The Garveys yang masih hidup mendapat bantuan The Departure berpindah ke satu tempat istimewa manakala Murphys, salah seorang angota keluarga yang terbabit dalam fenomena itu tampil memberi kejutan.

Drama ini diterbitkan HBO menerusi White Rabbit bekerjasama dengan Warner Bros.

image

https://www.youtube.com/watch?v=9yFNWgKgx5Q

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*