Penonton Sebak Dengar Dialog Tun M

Persepsi penonton kebanyakkan beranggapan filem genre kenegaraan dan sejarah adalah suatu karya yang membosankan.

Itu adalah hakikat walaupun kita mengakui sejarah itu penting untuk dikenang khususnya generasi akan datang.

Dalam konteks sejarah Tanah Melayu, kita semua pernah belajar bagaimana perjuangan kemerdekaan negara ini dicapai termasuk cerita zaman penjajahan Jepun dan Komunis.

Jadi, apa yang lagi yang mahu disampaikan pada penonton jika filem baru diterbitkan yang tetap sama mengambil latar belakang kisah yang pernah dipertontonkan.

Menonton filem Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali, konteks sejarah Tanah Melayu digarap sebagai kisah baru apabila dikaitkan dengan kapsul yang mengandungi kisah Wawasan 2020.

Kita semua tahu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) adalah individu yang mencipta impian itu iaitu kita mahu menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan apa yang dituliskan juga terkandung dalam kapsul yang ditanam di Putrajaya.

Sepertimana sejarah Tanah Melayu, persoalan sama dilontarkan apa yang pentingnya untuk kita tahu apa yang ditulis Tun M dalam kapsul itu?

mmm

Bagi rakyat negara ini yang menyaksikan pembangunan yang direalisasikan Tun M ketika pemerintahannya, filem ini dianggap sangat istimewa apabila ia juga didedikasikan kepada Bapa Pemodenan Malaysia itu.

Merujuk pada Kapsul, Martias mahu menggambarkan rahsia apa yang ditulis dalam kapsul tersebut suatu yang bernilai.

Sehingga tiga jutawan berpangkat Datuk mengarahkan Zohri yang pakar sebagai pencuri profesional untuk menjalankan tugas mencuri kapsul, Zohri mula menyedari sejarah negara ini sejak zaman penjajahan Tanah Melayu sehingga kini mempunyai nilai lebih tinggi daripada tindakannya mencuri kapsul itu.

Merentasi masa ke zaman penjajahan Jepun, Zohri berpeluang melihat bangsanya diseksa sehingga mati, disusuli Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman mahu mendapatkan kemerdekaan negara ini sehingga Tun Abdul Razak yang membuka tanah rancangan untuk rakyat negara ini.

IMG_9764

Kemuncak filem ini sudah tentu adegan yang ditunggu-tunggu iaitu penampilan Tun M yang turut sama berlakon.

Menyelami perasaan dan pengalaman Zohri yang berpeluang merentasi masa akibat kapsul yang dicurinya, penonton akan merasakan dialog Tun M yang dilafazkan beliau suatu yang cukup mendalam dan menyentuh perasaan.

Tidak dinafikan tarikan utama filem ini adalah Tun M sendiri yang sudi berlakon dan ini juga menjadi sejarah pada negara dalam membentuk pemikiran rakyat sebagai penonton.

Dari aspek teknik imej janaan komputer (CGI), ia memuaskan dan boleh dipertingkatkan jika filem kita mempunyai bajet yang lebih besar.

IMG_3159

Props dan kostum yang menggambarkan keadaan sesuatu zaman itu juga tampak menyakinkan dan gandingan lebih 30 pelakon popular hanya berlakon dua sehingga empat adegan sebenarnya menjadi penghargaan buat Tun M dan Malaysia.

Jika mahu tonton filem ini, letak ketepi pandangan skeptikal terhadap kisah sejarah Tanah Melayu yang lazimnya dipaparkan dalam filem genre kenegaraan.

Cuba selami dan hayati setiap dialog yang dilafazkan pelakon khususnya dialog Tun M kerana ia mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.

Kapsul yang kini ditayangkan di pawagam sejak 17 September lalu menjadi penghargaan buat Tun M yang banyak berjasa pada negara dan masyarakat sehingga Malaysia berbangga dengan mercu tanda pembangunan yang wujud.

Terima kasih Tun M dan pasukan keselamatan negara. Al-fatihah buat Martias.

IMG_3779

IMG_3751

Editor-in-chief
Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*