Angelina Jolie Bikin Filem Khmer Rouge

Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, di Phnom Penh, semalam untuk merealisasikan impiannya mengarahkan filem terbarunya mengenai kekejaman Khmer Rouge.

Menerusi satu gambar, Angelina dan Hun Sen kelihatan berjabat tangan dan berbincang mengenai projek itu.

Khabarnya, dia akan mengadaptasi kisah tragis karya Loung Ung berjudul First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers ke layar perak yang dijangka penggambaran pada November nanti.

Filem berkenaan akan memberi fokus pada kekejaman regim Khemer Rouge yang bertanggungjawab ke atas 2 juta kematian sehingga mengakibatkan ramai kanak-kanak menderita.

Pada Jun lalu, pendukung watak popular Lara Croft ini mengumumkan keputusannya untuk mengarah filem berkenaan selepas tertarik dengan kisah memoir tersebut dan berjumpa dengan penulis itu.

“Ia memberi kesan sangat mendalam menerusi buku yang ditulis Loung.

“Ia juga suatu yang memberikan kesan mendalam terhadap kanak-kanak yang melalui pengalaman perang dan mengalami tekanan emosi.

“Ini juga membantu saya lebih dekat dengan masyarakat Kemboja yang juga negara kelahiran anak saya,” katanya seperti dilaporkan majalah Hello!.

Pelakon berusia 40 tahun ini mengambil Maddox dari Kemboja sebagai anak angkat ketika masih bayi.

“Ia seolah mimpi menjadi kenyataan apabila berpeluang mengadaptasi buku ke layar perak dan penghargaan bekerjasama dengan Loung serta pembikin filem, Rithy Panh,” katanya.

angelina-jlie2--z

angelina-jolie3--z (1)

– Kafebuzz.my

(Foto: Getty Images)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*