Selepas Ini Digelar Haji Nabil

Menjadi selebriti popular dikatakan cukup bertuah kerana selain mendapat pelbagai tawaran baru, mereka juga tidak menang tangan bila dijemput sebagai duta atau jurucakap sesuatu produk.

Namun, itu semua bergantung pada rezeki masing-masing.

Bagi pelawak, pelakon komedi dan pengacara popular, Nabil, rezekinya tertulis apabila dia dijemput untuk mengerjakan haji.

Seperti umat Islam di negara ini tahu, mengerjakan haji bukan suatu yang mudah apatah lagi perlu menunggu giliran sebaik mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

Namun, Nabil meraih peluang keemasan ini dan akan berangkat ke Tanah Suci pada 19 September ini.

Katanya, dia meraih peluang itu menerusi seorang rakan yang bertanggungjawab membawanya ketika mengerjakan umrah pada Ramadan lalu.

Malah, ketika itu juga Nabil dipesan rakannya itu agar berdoa kepada Allah dijemput mengerjakan haji.

Kata Nabil seperti dilaporkan Kosmo!, doanya dimakbulkan sambil menyatakan dia akan terus mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram sehingga 24 September pada Aidiladha.

– Kafebuzz.my

(Foto: ziranabil – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*