KE Jadi Ahli Bomba

Bukan mudah untuk kita menjadi orang lain apatah lagi melakukan rutin harian sebagai anggota bomba yang berdepan pelbagai cabaran ketika bertugas.

Namun, cabaran ini disahut deejay Sinar FM, Raja Azura atau lebih popular dipanggil Kak Engku (KE) apabila mencuba menjadi seorang ahli bomba.

Meskipun nampak mudah, KE berjaya menyempurnakan cabaran yang diberikan dua rakan deejaynya, Salih Yaacob (SY) dan Khairil Rashid (Krill) dalam cabaran selama 60 saat.

Dalam cabaran itu, KE yang berada di dalam balai bomba perlu turun daripada tiang sebelum menaiki kereta bomba untuk ke lokasi kejadian.

Menariknya, cabaran ini juga dilakukan KE sebagai menyatakan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta meraikan sambutan Hari Malaysia semalam.

Sama ada KE berjaya atau tidak, saksikan rakaman video ini.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*