‘Hadiah’ Isteri Dikongsi Peminat

Semakin popular menerusi lagu Sempurna Waktu, penyanyi iR Radzi masih berusaha memikat peminat untuk mengenalinya lebih dekat.

Mungkin tidak ramai yang tahu, suara penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini dibayangi penyanyi negara jiran, Cakra Khan.

Namun, pemilik nama sebenar Mohamad Shah Riadzi, 32, mahu terus fokus dalam mengembangkan karier seninya.

Memberi pencapaian peribadi buatnya, iR Radzi tersenarai dalam kategori Artis Baru Terbaik Lelaki, Anugerah Planet Muzik 2015 (APM 2015) bersaing dengan Aziz Harun, Kunto Aji, Mark Adam dan SonaOne.

Katanya kepada media, lagu Sempurna Waktu suatu yang istimewa apabila ia dihasilkan untuk isterinya, Zawani Mohamed Karim.

Bersyukur atas penerimaan peminat terhadap lagu itu, artis Cloudworks Entertainment ini juga menganggap pencalonannya untuk APM sebagai langkah pertama melebarkan sayap ke peringkat pasaran muzik antarabangsa seperti Indonesia dan Singapura.

APM akan berlangsung di Suntec, Singapura pada 9 Oktober depan dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD, jam 9 malam.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*