Terima Kasih Star Wars!

Sambutan Hari Malaysia tetap diraikan rakyat negara ini menerusi ucapan di media sosial meskipun cuaca masih berjerebu.

Di sebalik ucapan dan kata-kata semangat yang dikongsi pengguna, sambutan ini juga diraikan watak-watak filem sains fiksyen popular, Star Wars.

Menerusi satu status yang dimuat naik hari ini memaparkan watak-watak seperti Luke Skywalker, C-3PO, R2-D2 dan Chewbacca berdiri hormat di hadapan Jalur Gemilang sambil mengucapkan Selamat Hari Malaysia.

Status itu menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang turut mengucapkan terima kasih kepada admin akaun itu dan dalam komen sama, ada pengguna percaya individu yang menjadi admin akaun Star Wars itu adalah warganegara Malaysia sendiri.

Sebelum ini, akaun yang sama juga memuat naik gambar kapal angkasa membawa Jalur Gemilang ketika sambutan hari merdeka lalu.

Apapun, gambar dalam status terkini kali ini disifatkan cukup kreatif dan paling penting, bersama meraikan Hari Malaysia.

Terima kasih Star Wars!

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*