Tahniah Yusry & Lisa

Tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli, Yusry Abdul Halim bersama isteri, Lisa Surihani atas kelahiran anak sulung mereka jam 11.44 malam tadi.

Menerusi status abang Yusry, Norman di Twitternya menyatakan Lisa melahirkan anak perempuan.

Beberapa rakan artis lain antaranya Datuk Aznil Nawawi, Nur Fazura dan Didie Alias  turut mengucapkan tahniah pada pasangan itu.

Sehingga kini, pasangan terbabit belum lagi memuat naik sebarang status atau gambar anak mereka.

Semoga pasangan ini bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata sulung ini.

image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*