04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Apakah Tun M Membongkarkan Rahsia Kapsul?

1 min read

Tarikh 17 September ini menjadi satu lagi sejarah pada industri perfileman tempatan apabila buat pertama kalinya masyarakat negara ini berpeluang menonton lakonan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di layar perak.

Memang pada mulanya ketika filem ini mahu dihasilkan dua tahun lalu, hasrat pengarah filem ini, Allahyarham Martias Ali untuk mendapatkan persetujuan Tun M menjadi pelakon undangan filem ini adalah mustahil.

Namun, takdir dan jodoh akhirnya menunaikan impian itu yang bukan saja memberi satu kelebihan dan kelainan pada filem itu tetapi tarikan pada penonton.

Pastinya, sebagai rakyat negara ini berbangga untuk melihat individu yang banyak berjasa pada negara muncul dalam sebuah filem yang juga didedikasikan padanya.

Filem terbitan Two Tones Sdn Bhd ini membawa kisah kapsul yang pernah ditanam Tun M di Putrajaya menyimpan suatu rahsia mengenai Wawasan 2020.

Sepertimana plot filem ini mengisahkan penggembaaraan Zohri lakonan utama Faizal Hussein merentasi masa selepas mencuri kapsul berkenaan, sudah tentu aksi lakonan Tun M dinantikan ramai.

Apakah dialog yang Tun M lafazkan? Apakah rahsia kapsul dan Wawasan 2020 akan terbongkar? Segalanya terjawab apabila menonton filem ini.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.