Milla Jovovich Kongsi Kisah Cemas Olivia

Selepas satu nahas udara berlaku membabitkan 2 kru penggambaran filem terbaru lakonan Tom Cruise terbunuh baru-baru ini, aktres Hollywood Milla Jovovich pula menceritakan kisahnya berdepan situasi yang mencemaskan.

Menerusi statusnya di Facebook hari ini, dia menyatakan satu kemalangan berlaku di set penggambarannya pada 5 September lalu.

“Pelakon aksi lagak ngeri saya yang berbakat, Olivia Jackson terjatuh bersama kren kamera ketika membuat aksi motosikal sehingga dimasukkan ke hospital dan mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, pelakon dan kru filem Resident Evil: The Final Chapter bersedih dengan kemalangan itu dan mengharapkan Olivia cepat sembuh.

“Kami difahamkan dia berada dalam keadaan stabil dan dijaga rapi oleh doktor Afrika Selatan yang berpengalaman.

“Saya tidak berada di lokasi kejadian tetapi menerusi berita yang saya terima, kemalangan itu begitu teruk.

“Tiada sesiapapun antara kami yang pernah melalui kemalangan sebegitu sepanjang menjalani penggambaran filem aksi dan berharap kami tidak melakukannya lagi.

“Pihak produksi pula segera memberi maklum balas untuk memastikan dia (Olivia) mendapat rawatan terbaik dan dapat berhubung dengan keluarganya mengenai perkembangannya,” katanya.

Milla yang lebih dikenali menerusi filem The Fifth Element (1997), Ultraviolet (2006) dan Resident Evil (2002) bersyukur apabila keajaiban berlaku terhadap Olivia yang semakin pulih.

“Saya tidak mengenalinya sangat tetapi kami sering bersama ketika penggambaran termasuk melakukan latihan bersama.

“Saya begitu mengharapkannya kerana dia hebat dalam aspek koreografi, cantik dan anggun,” katanya dengan panjang lebar.

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*