Contohi David Beckham Bela Nasib Kanak-Kanak Dunia

Pembabitan selebriti Hollywood dalam kerja kemanusiaan bukan perkara asing.

Angelina Jolie, Bono U2 dan pemain bola sepak terkenal, David Beckham antara selebriti popular yang aktif menyertai program  kemanusiaan sama ada menerusi kempen dan aktiviti turun padang.

Bagi Beckham, kesibukkan jadual harian tidak menghalangnya untuk terus melakukan kerja kebajikan untuk penduduk dunia.

Menerusi status di Instagram hari ini, Beckham menyatakan dia berpeluang mengunjungi Kemboja mengikut program bersama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada awal tahun ini.

Apa yang menyentuh perasaannya apabila dia meluangkan masa bersama kanak-kanak dan remaja yang mempunyai pengalaman diseksa dan didera.

“Sebagai bapa, ia suatu yang teruk apabila memikirkan kanak-kanak ini perlu menderita sebegini.

“Saya berbangga untuk memaklumkan akan mengikut program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada minggu depan dalam memastikan pemimpin dunia bertindak melindungi kanak-kanak daripada bahaya,” katanya.

Mungkin aktiviti kemanusiaan sebegini tidak glamor atau mendatangkan keuntungan tetapi Beckham membuktikan dia antara selebriti antarabangsa yang mempunyai sifat prihatin tinggi untuk membela nasib kanak-kanak di seluruh dunia.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*