Bukan Mudah Berlakon Adegan Rogol

Suatu ketika dulu, pelakon arwah Izi Yahya pernah mencetuskan kontroversi gara-gara berbogel menerusi filem Embun.

Izi beraksi sedemikian sebagai membawa watak tentera Jepun merogol wanita Melayu ketika zaman penjajahan Jepun ke Tanah Melayu.

Apa yang ingin dikongsi adalah adegan rogol menjadi peristiwa hitam yang juga menjadi adegan penting untuk menggambarkan kekejaman tentera Jepun ketika itu.

Begitu juga, adegan rogol ditampilkan dalam filem terbaru, Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali.

Menariknya, watak mangsa rogol ini dijayakan pelakon jelita, Jue Aziz yang berjaya melakonkan adegan itu dengan cemerlang.

Mungkin ia nampak mudah pada mata penonton tetapi pada pelakon wanita khususnya, ia memerlukan penghayatan dan ekspresi mendalam agar lakonan itu menjadi.

Dibanding imej Jue kini yang semakin manis bertudung, penggambaran adegan itu terlebih dulu dilakukan sebelum dia berhijrah.

Jue mengakui ia adalah watak yang berat untuk dibawa yang banyak bermain emosi apatah lagi menyaksikan bapanya lakonan Mior Hashim Manap dipancung kepala oleh tentera Jepun.

Katanya kepada media, dia bertanyakan kepada neneknya mengenai kehidupan pada masa itu dalam menjiwai wataknya sebagai isteri seorang askar Melayu berkesan.

Namun, Jue akui berasa malu apabila menonton adegan itu semula memandangkan dia sudah bertudung.

Katanya, adegan rogol itu sebagai kerja seni. Meskipun malu, dia tetap bangga kerana ia bukan mudah untuk membawakan watak itu.

Kepada penonton dan peminat Jue, jangan lepaskan peluang menonton filem Kapsul di pawagam pada 17 September ini.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*