Warga Emas Merempat Di Kaki Lima

Bidang hiburan bukan hanya gelak ketawa mahupun kisah glamor selebriti semata-mata.

Mungkin kita terlupa hiburan dan artis mempunyai hubungan sangat akrab dengan masyarakat.

Malah, artis juga dilantik sebagai duta untuk jurucakap produk atau kempen pada orang ramai.

Persoalannya, berapa ramai artis yang bersikap prihatin.

Malah, banyak media atas talian seperti portal sepatutnya berperanan membantu mereka yang dihimpit kesulitan atau ditimpa musibah.

Justeru, portal hiburan Kafebuzz tampil membantu insan yang tidak bernasib baik menerusi kolum Prihatin.

Berkongsi satu status dimuat naik seorang pengguna Facebook, seorang wanita berusia 71 tahun merempat di kaki lima di kawasan sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut status itu, warga emas ini mendakwa dihalau seminggu lalu dari rumahnya yang didiami sejak 45 tahun lalu.

Kini, warga emas ini hanya tidur di kaki lima beralaskan tikar selain duduk di tangga.

Khabarnya, wanita ini tidak mahu menyusahkan anaknya.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan bantuan, boleh menyalurkannya kepada Zahrah @ Siti Zahrah Othman di akaun bank CIMB – 14-041-02-050404-6 atau hubungi talian 016-3734220.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*